Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berkongsi khabar gembira apabila disahkan bebas daripada kanser selepas menjalani rawatan intensif selama beberapa bulan.
Jamal Yunos umum tiada lagi sel kanser ditubuh
Jelasnya, selepas mendapat rawatan selama empat ke lima bulan, sel kanser yang terdapat ditubuhnya sudah tiada.
“Selepas bertarung dengan kanser tahap akhir selama empat hingga lima bulan, pakar akhirnya mengesahkan bahawa sel kanser sudah tiada dalam tubuh saya,” kata Jamal dalam satu kenyataan.
Jamal Yunos bebas kanser, Teresa ucap tahniah
Susulan daripada itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah mengucapkan tahniah ke atas kesembuhan ahli politik tersebut dan sem
Ucapan tahniah turut diterima daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang sempat ‘menyelitkan’ satu pesanan penting buat Jamal.
“Tahniah,” tulis Teresa di Facebook, merujuk kepada laporan media mengenai kesihatan Jamal.
“Sekarang masa untuk Jamal bayar peguam saya seperti yang diperintahkan mahkamah,” tambahnya.
Artikel lain: Tun M doakan kesembuhan, minta orang ramai henti ungkit salah Jamal Yunos
Difahamkan, teguran tersebut dibuat selepas Teresa yang sebelum ini memperoleh perintah mahkamah untuk menyita dan melelong barangan di rumah Jamal selepas beliau gagal membayar RM50,000 kos guaman, seperti yang diarahkan mahkamah.
Semuanya berpunca daripada kes saman fitnah yang difailkan Teresa pada tahun 2017.
Ketika itu, Jamal mendakwa Teresa menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor menerusi Skim Mesra Usia Emas. Mahkamah memutuskan kenyataan itu bersifat fitnah dan Teresa dianugerahkan pampasan RM300,000 pada 2023.
Sumber: Facebook Teresa Kok, DS Jamal Yunos