Jambatan Francis Scott Key Baltimore runtuh

Jambatan Francis Scott Key Baltimore runtuh

GENEVA – Jambatan Francis Scott Key Baltimore di negeri Maryland, Amerika Syarikat runtuh awal Selasa selepas ia dilanggar oleh sebuah kapal kargo.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA), semua lorong ditutup di kedua-dua arah dan lalu lintas sedang dilencongkan.

“Kami berada di tengah-tengah menguruskan insiden ‘berbilang agensi mangsa besar-besaran di sini,” Kevin Cartwright, pengarah komunikasi untuk Jabatan Bomba Bandar Baltimore.

Difahamkan dua mangsa telah diselamatkan manakala seorang lagi dalam keadaan serius.

Menurut Cartwright, kejadian itu mungkin mengakibatkan kira-kira 20 orang terjatuh ke dalam Sungai Patapsco, bersama beberapa kenderaan.

Operasi mencari dan menyelamat, melibatkan pasukan penyelam, sedang dijalankan dengan bantuan daripada Pengawal Pantai AS.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan. – Agensi