Janda Dicekup JAINJ Dalam Inap Desa Bersama Seorang Atuk 60-an

Janda Dicekup JAINJ Dalam Inap Desa Bersama Seorang Atuk 60-an

Oh! Tidak

Janda dan atuk dicekup JAINJ selepas wanita ditemui berselimut dalam tandas.


Di Johor, seorang janda dan seorang datuk berusia 60-an dicekup JAINJ selepas disyaki berkhalwat dalam sebuah inap desa murah. Serbuan dilakukan sekitar 10 pagi dan wanita itu ditemui hanya berselimut sambil bersembunyi dalam tandas.

Sebaik melalui taman perumahan, penguatkuasa membuat keputusan untuk memeriksa sebuah inap desa. Secara kebetulan, terdapat kereta seolah-olah ada penyewa di premis itu.- Menurut JAINJ.

Penguatkuasa mengetuk pintu dan lelaki berkenaan mendakwa berseorangan, namun JAINJ berkata, penguatkuasa sudah dapat menghidu ada orang lain bersamanya.

Janda ditemui berselimut dalam tandas

Pemeriksaan menemui seorang wanita 40-an yang hanya menutupi tubuh dengan selimut selepas pintu tandas didapati berkunci dari dalam. Wanita itu mendakwa mereka hanya berkawan dan sudah lama mengenali lelaki tersebut kerana berjiran.

Pasangan itu difahamkan baru mendaftar masuk pada 9.30 pagi sebelum dicekup 30 minit kemudian. Lelaki itu memberi alasan mereka berbincang soal perniagaan dan turut mengaku pernah berhasrat menjadikan wanita itu sebagai isteri kedua.

Kedua-duanya dibawa ke balai polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Pssttt! Ohmedia harap korang jauhi situasi yang boleh timbulkan fitnah dan masalah. Kadang-kadang niat baik pun boleh jadi isu bila dibuat di tempat yang salah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top