Janda Kantoi Bersama Dua Lelaki Dalam Bilik, Sorok Dalam Selimut | Trending – Oh! Media

Janda Kantoi Bersama Dua Lelaki Dalam Bilik, Sorok Dalam Selimut | Trending – Oh! Media

Trending

Janda dan dua lelaki ditahan JAINJ di Bandar Dato’ Onn kerana disyaki berkhalwat. Alasan kurang sihat undang persoalan.


Seorang wanita berstatus janda ditahan bersama dua lelaki selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Dato’ Onn, Johor.

Menurut laporan Harian Metro, serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 12 tengah hari hasil maklumat awam.

Pintu rumah dibuka lima minit selepas diketuk oleh seorang lelaki sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam rumah tersebut.

JAINJ memaklumkan tingkat bawah rumah tidak berpenghuni, manakala di tingkat atas terdapat tiga bilik yang pintunya tertutup.

Tahu-tahu ada wanita dalam selimut

Ohmedia berkhalwat

Namun pemeriksaan di bilik ketiga yang tidak berkunci menemukan seorang lelaki sedang tidur di atas tilam bujang dengan hanya berseluar pendek.

Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang berseluar panjang dan tidak berbaju dengan di sebelahnya ada seorang wanita di dalam selimut dan menutup muka serta keseluruhan badan.

Bukan suami isteri, alasan ‘kurang sihat’

Pasangan Khalwat

Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga individu berusia lingkungan 30-an itu bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram.

Menurut JAINJ, wanita berkenaan mendakwa dia kurang sihat dan berehat di rumah lelaki tersebut.

Kedua-dua lelaki masih bujang dan bekerja di daerah ini, manakala wanita berstatus janda juga bekerja di daerah ini.

Difahamkan, rakan serumah lelaki itu mengetahui kehadiran wanita berkenaan dan berasa kurang selesa, selain jiran sekitar juga menyedari rumah bujang tersebut membawa pulang wanita.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 atas kesalahan berkhalwat kerana berkurung dalam bilik sehingga mendatangkan syak.

Pssttt! Jaga batas pergaulan dan elakkan situasi yang boleh mendatangkan syak. Reputasi dan maruah diri terlalu mahal untuk dipertaruhkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top