“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

Pempengaruh popular, Ameera Khan membidas komen netizen selepas ramai yang memberikan respons negatif terhadap hubungannya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Perkongsian yang mula tular di platform TikTok itu memperlihatkan Ameera bersama ibunya, Datin Noor Kartini sedang mempromosikan produk pemerah pipi milik Ameera iaitu, ellemkay.

Bagaimanapun, sesi tersebut bertukar kepada memberikan kenyataan berhubung komen netizen yang menggelar Jefri sebagai ‘red flag’ termasuklah ramai yang tidak merestui hubungan mereka.

“Dia macam ni, orang yang kaya boleh jatuh miskin dengan sekelip mata, orang yang miskin dengan sekelip mata boleh jati jutawan, orang jahil dengan sekelip mata boleh jadi alim, boleh kenal Islam, orang yang kenal Islam dengan sekelip mata boleh terpesong.

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” katanya.

“Jangan panaskan dekat ruang komen ni, sebab you guys are waisting your time. You guys are pissing you off not us. We are not affected.

“Kalau benci tu yang susah anda bukan kami.kami seperti biasa menjalani hidup seperti biasa. Alhamdulillah. Anda yang akan tak bahagia dengan kami jadi calm down.

“Kalau anda bercakap buruk pasal kami sama ada dia betul atau tidak, Tapi hakikatnya saya akan dapat pahal anda pula dapat dosa. Jadi, simpan pahala tu untuk diri sendiri. Anda jaga tepi kain sendiri dan saya pun begitu. I will take care of myself, my family, my parents, my future kids and my future husband,” ulasnya.

Bagaimanapun, Kartini menerusi kenyataan pula menjelaskan bahawa adalah tidak baik berburuk sangka atau mempunyai hasad dengki sesama manusia kerana perbuatan tersebut akan memakan diri sendiri.

“Jangan busuk hati, suka buruk sangka sebab kita dalam kehidupan ni Allah boleh buat kita sekelip mata sahaja. Yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jadi baik.

“Saya sudah hidup 58 tahun, say atengok macam-macam benda, pengalaman hidup… Sebab tu Allah kata jangan suka menghakimi (judge) kerana Allah sahaja yang boleh menghukum manusia.

“Kita suka prasangka buruk, kita selalu fikir postif sahaja. Kit akena ingat, apa sahaja perkara yang baik yang kita buat, itu semua kebaikan diri sendiri, kalau buat jahat, itu juga adalah kejahatan diri kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, ramai peminat yang berasa kurang senang dengan hubungan mesra yang dipamerkan adik Neelofa ini bersama Jefri Nichol.

Mana tidaknya, sebelum ini media melaporkan bahawa aktor tersebut membuat kenyataan secara terbuka menerusi sesi temu bual sebuah rancangan yang berjudul BBK (Bocah Bocah Kosong) bahawa dia pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain berlaku curang dengan pasangannya.

Scroll to Top