“Jangan Biar Hati Tu Membusuk” – Abby Abadi Tegur Netizen, Kecewa Masih Ada Yang Kutuk & Caci Maki Marissa Dania

“Jangan Biar Hati Tu Membusuk” – Abby Abadi Tegur Netizen, Kecewa Masih Ada Yang Kutuk & Caci Maki Marissa Dania

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya, Marissa Dania Hakim masih menerima pelbagai komen cacian dan makian menerusi platform media sosial.

Kata Abby, komen yang ditinggalkan netizen itu seolah-olah menganggap anaknya itu mengganggu kehidupan mereka.

“Sana sini masih ada yang kutuk, caci maki anak saya. Cara komen tu konon paling tersakiti,” tulisnya.

Meskipun begitu, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, menitipkan pesanan agar netizen lebih berhati-hati dan mengingati Allah sebelum meninggalkan sebarang komen.

“Adik, kakak, mak cik-mak cik… ingat Allah banyak-banyak okay.

“Jangan biar hati itu membusuk, dengki dengan rezeki orang. Sampai buat apa semua pun tak kena.

“Tak suka abaikan jelah wahai wanita-wanita syurga. Abaikan okay,” katanya.

Terdahulu, Abby berkongsi perkara itu menerusi pautan di Instagram Story miliknya beserta foto Marissa.

Pada 27 Februari lalu,  nama Marissa Dania Hakim mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas dia melangsungkan perkahwinan di Thailand tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Bahkan, Marissa juga mengejutkan ramai pihak apabila dia dilabel sebagai penyondol dek kerana berkahwin dengan kekasihnya, Aslam yang pada ketika itu dilaporkan berstatus suami orang.

Dan pada 24 Ogos lalu, pasangan ini sekali lagi menjadi sorotan pihak media selepas berita mengenai anak sulung Marissa dan Aslam dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang.

Scroll to Top