Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi perbualan hangat di media sosial gara-gara ciapannya di platform Threads.
Menerusi hantaran status tersebut, Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali, 34, tampil memberi nasihat kepada netizen untuk tidak membuat kerja Tuhan.
“Kita semua ni hanya manusia biasa. Jadi, jangan buat kerja Tuhan,” katanya ringkas.

Meskipun kenyataannya itu bersifat terbuka, namun ciapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen malah menasihati semula pelantun lagu Balas Balik itu untuk berhati-hati dalam percakapannya.

Sebelum ini, Nabila menjadi sebutan ramai selepas berkongsi pandangan mengatakan nyanyian seharusnya dinilai menerusi vokal dan suara penyanyi tersebut, bukan kisah peribadi yang dilaluinya.
Ibu anak satu ini berkata, sebagai pengguna media sosial, dia juga mempunyai hak untuk bersuara, namun tidak menafikan risiko salah faham sentiasa wujud apabila sesuatu pandangan dikongsikan secara terbuka.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”




