Sebelum ini, tular sebuah video mengenai drama seorang seorang influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari bergaduh dengan founder produk, Siti Jamumall yang dikatakan bergaduh.
Difahamkan, influencer tersebut berkunjung ke rumah founder produk iaitu, untuk melakukan paid review produk.
Namun, apa yang membuatkan influencer tersebut meradang dan menyerang usahawan terbabit adalah selepas melihat duit yang diberikan adalah wang palsu.
@puteriisarii Founder Penipu Bagi DUIT PALSU LAGI!👍 #duitpalsu #sitijamumall #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp
Ekoran tidak berpuas hati, usahawan kosmetik kontroversi, Dato Seri Vida atau dikenali DSV menempelak tindakan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak tersebut kepada khayalak ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, DSV dilihat memarahi influencer Puteri Sari yang dikatakan tidak ‘cerdik’ kerana mencampakkan duit sehingga menampakkan gadis itu tidak berakhlak dan tiada adab sama sekali.
Menurut DSV, duit merupakan rezeki dan tidak seharusnya dilakukan sedemikian.

Pada masa yang sama, DSV menasihati Puteri Sari agar menghentikan melakukan konten murahan semata-mata ingin menularkan produk tersebut.
“Konten murahan ini sebenarnya merisikokan diri seperti dikecam semata-mata nak tular.”kata Dato Seri Vida.
@datoserividaofficial PERLU KE BALING DUIT BAGAI @puteriisarii #datosrivida #puteriisarii #duitpalsu #campakduit
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT
Perkongsian daripada DSV menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dan rata-rata di kalangan mereka menyokong usahawan tersebut kerana ia dikatakan tidak menghormati nilai wang.



Sumber: TikTok @datserivida , @puterisari




