'Jangan buat pembelian panik, bekalan makanan Aidilfitri mencukupi'

'Jangan buat pembelian panik, bekalan makanan Aidilfitri mencukupi'

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan keperluan asas sempena Aidilfitri adalah mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata barangan makanan berkenaan termasuk ayam, daging, sayur-sayuran.

Justeru katanya, orang ramai tidak perlu membuat pembelian panik memandangkan bekalan barangan makanan adalah mencukupi.

“Setakat ini dari segi bekalan adalah mencukupi dan tiada masalah untuk persediaan Aidilfitri, bagaimanapun harga santan menyaksikan sedikit peningkatan.

“Jadi orang ranai tidak perlu membuat pembelian panik kerana kita sentiasa memantau dari semasa ke semasa,” katanya

Beliau berkata demikian selepaa Majlis Perasmian Karnival Cahaya Aidilfitri KPKM dan Majlis Iftar Kasih di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Karnival Cahaya Aidilfitri, Mohamad berkata, pihaknya mensasarkan hasil jualan mencecah RM750,000.

“Ini bukan angka kecil, ini suntikan langsung kepada ekonomi usahawan industri asas tani supaya mereka terus progresif dan mampan.

“Pada masa sama, karnival ini memperkukuh sinergi antara kerajaan, agensi dan komuniti usahawan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top