Pelakon Nora Danish tersentuh apabila menerima mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya untuk berkenalan dengan suaminya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora memuat naik paparan mesej daripada wanita berkenaan yang memaklumkan sedang mencari isteri kedua buat suaminya.
BACA: Nora Danish Harap Dipertemukan Suami Beriman

“Assalamualaikum, Kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik. Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya. Jika Kak Nora sudi ta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati,” tulis individu itu.
Sementara itu, Nora berkata hatinya sayu menerima mesej berkenaan serta menyifatkan wanita itu seorang isteri yang baik.
“Tak tahu nak rasa apa. Kalau ini benar, sayunya hati. Ada juga isteri sebaik ini,” tulisnya.




