“Jangan ‘Bunuh’ Kreativiti Anak Seni” – Yasin Sulaiman Wajar Diberi Peluang 

“Jangan ‘Bunuh’ Kreativiti Anak Seni” – Yasin Sulaiman Wajar Diberi Peluang 

Pengasas Icon Entertainment iaitu Iman Tang memaklumkan bakal bekerjasama dengan penyanyi Yasin Sulaiman dalam satu projek.

Memetik mStar Online, Iman berkata mereka sudah berbincang mengenai lagu baru yang dihasilkan sendiri oleh Yasin serta berpendapat kreativiti seorang anak seni tidak wajar dipinggirkan.

BACA: Yasin Sulaiman Bebas Hukuman Penjara & Sebatan, Kembali Ke Hospital Bahagia

“Saya tanya boleh tak nak satu lagu, tapi tak boleh cerita banyak sebab perancangan ini belum jadi. Sama-sama kita doakan agar semua urusan dipermudahkan.

“Kalau ikut undang-undang salah tetap salah. Tapi kita jangan ‘bunuh’ kreativiti anak seni. Karier sebagai pemuzik tetap harus diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Iman berkata baru-baru ini dia bersama penyanyi Zizi Kirana melawat Yasin di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak  bagi memberi sokongan moral dan penyanyi itu dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah dia tidak disabitkan kesalahan. Dia sihat dan kami bertanya khabar. Cuma tak tahu bila dia akan dibenarkan keluar. Badan dia pun nampak berisi sekarang.

“Dia cakap ada banyak lagu yang ingin dihasilkan, tapi saya kata buat persembahan terus sebab ramai yang merinduinya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top