Anak kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Nabila Razman menjadi perhatian ramai selepas membuat pendedahan dirinya telah meletak jawatan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan di Singapura.
Susulan itu, pengakuan Nabila atau lebih mesra disapa Bella berhenti dan meninggalkan kerjaya impiannya sebagai pramugari didakwa kerana gagal melepasi latihan.
Tidak berdiam diri, Bella tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok yang jelas menunjukkan kekecewaan terhadap dakwaan melulu sesetengah pihak.
“Tak baca ke orang tulis ‘resign’? Susah sangat nak faham sampai perlu tanya sampai 10 kali? Terpulanglah nak fikir apa, tapi janganlah komen banyak kali macam tak sihat.
“Kalau saya kata resign, maknanya memang saya berhenti. Perlu sangat ke double confirm?” tegasnya.
@serilarissaa Membalas kepada @M I A 🦋 Ayokkk tatayokkk bella dah marah cakap dia failed/tak pass stage🫣😱
Sementara itu, berdasarkan kenyataan di Instagram Story (IG), Bella turut menjelaskan dia tidak dapat berkongsi sebarang maklumat lanjut berkaitan pekerjaannya atas faktor polisi syarikat yang ketat.
“Saya letak jawatan sebab keluarga memerlukan saya di rumah, dan saya sendiri pun rasa begitu. Banyak perkara yang perlu saya hadapi kerana ini adalah pekerjaan pertama saya.
“Sekarang ni semua dah tersebar di media sosial, dan komen-komen yang saya terima pun bukan calang-calang. Kalau bukan sebab polisi, saya dah lama kongsi surat perletakan jawatan tu,” katanya.
Katanya lagi, Bella tidak akan melayan permintaan segelintir warganet yang mendesaknya untuk mengemukakan bukti dia pernah berkhidmat sebagai pramugari.
“Ada yang cakap, ‘post gambar pakai uniform dulu’. Boleh je, tapi sanggup ke nak bayar saman untuk saya? Saya dah tandatangan perjanjian.
“Ini bukan syarikat milik bapa korang, ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jangan cakap macam tak ada akal. Takkan saya nak disaman semata-mata nak puaskan hati orang yang suka sangat tuduh tanpa bukti.
“Selama saya di sana, pernah ke saya post apa-apa tentang kerja? Tak pernah. Saya senyap di semua platform sebab itu adalah antara syaratnya.
“Alhamdulillah, pahala percuma. Dan saya takkan maafkan sesiapa yang fitnah saya,” ujarnya lagi.