“Jangan Doakan Perkara Yang Tidak Baik Atas Nama Sebenar Saya” – Mimi Lana

“Jangan Doakan Perkara Yang Tidak Baik Atas Nama Sebenar Saya” – Mimi Lana

Pelakon, Mimi Lana menerima tempias apabila memegang watak sebagai penyondol sehingga memusnahkan rumah tangga kakak kandungnya sendiri dalam sebuah drama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mimi memahami perasaan penonton yang terbawa-bawa emosi terhadap wataknya, lebih-lebih lagi apabila isu curang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan di dalam #andaitiadadia buat masa sekarang, tambah pulak isu penyondol di dalam rumah tangga ni tengah hangat untuk sekalian rakyat jelata,” katanya.

Bagaimanapun, Mimi sempat memberikan pesanan kepada pengikutnya untuk tidak terlalu mengikut perasaan sehingga mendoakan perkara yang tidak baik kepadanya gara-gara membawa watak penyondol.

“Tetapi janganlah mendoakan pekara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan definitely not Mimi Lana.

“Saya hanya interpretasi kan watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk kita semua ambil iktibar dan jauhkan perangai macam tu dari kita semua. Just enjoy but don’t take too personal ok!,” tulisnya.

Scroll to Top