“Jangan Guna Agama Nak Tutup Salah Kau” – Usahawan Tampil Pertahan Diri Isu Anak Di Bali

“Jangan Guna Agama Nak Tutup Salah Kau” – Usahawan Tampil Pertahan Diri Isu Anak Di Bali

Trending

Pempengaruh tampil jawab dakwaan bekas suami mengenai isu akidah anak di Bali.


Kontroversi membabitkan seorang usahawan wanita yang menetap di Bali bersama anaknya terus hangat diperkatakan selepas bekas suaminya sebelum ini meluahkan kebimbangan terhadap akidah anak mereka.

BACA: “Ini Ke Islam? Siap Ada Babi Golek” – Bekas Suami Pempengaruh Risau Akidah Anak Terpesong Tinggal Di Bali

Isu itu mula tular selepas bekas suami dikenali sebagai Aiman mendakwa gaya hidup bekas isterinya kini tidak seperti seorang muslim.

Pempengaruh beri respon balas

Di TikTok, usahawan yang merupakan seorang pempengaruh tersebut tampil mempertahankan diri membalas dakwaan yang dibuat bekas suaminya.

Yatt

Beliau turut mendakwa anaknya sendiri pernah menceritakan pengalaman tidak menyenangkan ketika berada bersama pihak berkenaan.

Sekarang dah besar pandai pulak cari itu lah lelaki. Kita ni jenis simpan aib, ada banyak bukti-bukti dari mulut budak ni sendiri yang cerita dia tak nak duduk sana tak kan Yat nak paksa dia pergi. Bosan lah asyik guna point yang sama je pasal agama, jahat-jahat Yat pun takda lah bawak anak ke arah jahat.

Dakwa anak pernah dipukul dan berdepan keadaan tidak bersih

Dalam hantaran lain, pempengaruh tersebut turut menunjukkan beberapa rakaman video dan tangkap layar perbualan video call bersama anaknya.

Beliau mendakwa anaknya pernah sakit disebabkan keadaan bilik dan tandas yang kotor ketika berada di sana.

Yat

Pempengaruh itu juga menafikan dakwaan bahawa beliau mengajar anaknya bersikap kurang ajar atau menipu.

Pempengaruh

Malah, beliau turut berkongsi rakaman video call bersama anaknya sebagai bukti keadaan anak tersebut ketika berada di sana.

Dalam satu lagi hantaran, beliau turut menunjukkan berat badan anaknya yang didakwa meningkat selepas dua minggu bersama dirinya.

Ni video ni baru 2 minggu dia duduk dengan Yat berat dari 14kg sekarang nak 17kg korang nilai sendiri lah good bye.

Di akhir perkongsian, pempengaruh tersebut turut memuat naik gambar bersama keluarga sambil menyatakan ada pihak yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

Pssttt! Isu melibatkan perebutan anak dan perbezaan cara membesarkan anak memang sering menjadi sensitif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan agama dan persekitaran tempat tinggal. Apa pun, perkara seperti ini sebaiknya diselesaikan secara matang demi kebaikan anak yang menjadi pihak paling terkesan dalam konflik antara ibu dan bapa.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top