Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menjadi perhatian apabila memberi amaran kepada wanita yang cuba menggoda suaminya, Ramzan Ramli.
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, Kak KM mengingatkan bukan mudah untuk menjadi madunya dan wanita tersebut perlu berhadapan dengannya terlebih dahulu.
BACA: “Post Bukti Pakai Uniform Dulu? Boleh Tapi Kau Bayar Saman Aku” – Anak Kak KM Nafi Gagal Latihan
“Kau jangan ingat, kau jadi bini nombor dua kau akan hidup mewah..boleh tidur atas permata. Kau jangan rasa seronok kahwin dengan Abang Maman, nampak je macam indah belaka.
“Nak sangat ke jadi isteri Abang Maman nombor dua? Nampak sahaja macam indah belaka. Aku akan jadikan kau orang gaji aku terlebih dahulu, kau kena hadap aku dulu tapi sakit jugalah, hidup ini tak mudah sayang,” katanya.
Untuk rekod, Kak KM mendirikan rumah tangga dengan Razman pada 2002. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila Razman, Faris Razman, Rania Razman dan Cinta Carissa Razman.




