“Jangan Ingat Kami Tak Tahu” – Perkongsian Bodyguard Fazura Undang Teka-Teki Netizen

“Jangan Ingat Kami Tak Tahu” – Perkongsian Bodyguard Fazura Undang Teka-Teki Netizen

Oh! Artis

Perkongsian bodyguard Fazura dengan kapsyen penuh misteri cetus teka-teki netizen. Ramai cuba tafsir maksud tersirat di sebaliknya.


Nama selebriti popular, Nur Fazura menjadi bualan hangat apabila tular video menunjukkan dia seolah-olah menjeling seseorang ketika menghadiri majlis Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025.

Pelbagai spekulasi mula diperkatakan sehingga netizen ‘meneka’ siapa gerangan yang duduk tidak jauh daripada Fazura.

Bodyguard Fazura pula bersuara

Ada yang memetik nama pelakon, Rozita Che Wan namun ianya dinafikan Rozita sendiri.

Fazura

Terbaru, spekulasi mengenai ‘jelingan’ Fazura itu semakin panas apabila bodyguard pula bersuara.

Fazura

Menerusi hantaran tersebut, gambar Fazura yang tampil elegan dalam persalinan serba hitam dimuat naik bersama kapsyen, “Jangan ingat kami tak tahu ye. Kami jeling je dulu,” lengkap dengan emoji berwajah nakal.

Perkongsian itu seakan-akan ‘membakar’ lagi rasa ingin tahu netizen tentang insiden sebelum ini.

Ramai yang menganggap kapsyen tersebut seperti memberi bayangan bahawa jelingan Fazura tempoh hari memang mempunyai maksud tertentu.

Betul ke? Kita tunggu jelah respons daripada tuan badan sendiri ye.

Pssttt! Apa-apa pun, eloklah kita berbaik sangka je. Mungkin jelingan tu tak ada maksud apa-apa pun kan?

Kredit: Instagram hantugym
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top