“Jangan Ingat Kami Tak Tahu” – Posting Bodyguard Fazura Jadi Perhatian

“Jangan Ingat Kami Tak Tahu” – Posting Bodyguard Fazura Jadi Perhatian

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan pelakon Fazura didakwa seolah menjeling seseorang ketika di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025.

Susulan video itu, ada yang memetik nama pelakon Rozita Che Wan bagaimanapun diruangan komen satu video Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menafikan dakwaan berkenaan.

BACA: “Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?” – Datin Patimah ‘Backup’ Fazura

Sementara itu, perkongsian bodyguard Fazura menjadi perhatian apabila memuat naik kapsyen “Jangan ingat kami tak tahu ye. Kami jeling je dulu”.

Menerusi hantaran itu, turut dimuat naik gambar Fazura mengenakan busana serba hitam ketika hadir di KLFW.

Tidak dapat dipastikan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa namun ramai beranggapan ianya memberi bayangan video didakwa jelingan Fazura yang tular.


Scroll to Top