Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming meminta orang ramai untuk memberinya sedikit ruang dalam mengurus masalah sistem tempahan di Restoran Rembayung miliknya.
Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Aming menjelaskan pihaknya tidak dapat menyelsaikan isu tersebut dalam masa yang singkat.
“Saya buka kedai makan saja bang, saya mohon jangan letak ekspektasi macam saya mengurus konsert di Bukit Jalil.
“Dalam kedai kita boleh kawal 200 pax maksima dalam satu masa, tapi yang nak book ada 5o.000 orang tak termasuk tujuh hingga lapan keluarga atau kawan yang setiap orang nak bawa.
“Kita guna Umai sebab itu pilihan terbaik yang ada untuk mengurus restoran di Malaysia. Tapi bila pilihan terbaik itu pun tak boleh tampung, kami tak boleh nak selesaikan isu ini sekelip mata.
“Kedai baru buka dua minggu bang, tolonglah bagi saya sedikit ruang,” katanya membidas ciapan seorang individu yang meminta Aming untuk mengambil Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dalam perniagaannya.

Artikel Berkaitan: “Ada Yang Siap Buat Kiraan Saya Akan Gagal” – Khairul Aming Mohon Ruang & Peluang Jayakan Bisnes Restoran Rembayung




