“Jangan Main Gila Dengan Aku” – Aidil Zafuan Nafi Tak Mengaku Anak, Berang Netizen Sebar Fitnah

“Jangan Main Gila Dengan Aku” – Aidil Zafuan Nafi Tak Mengaku Anak, Berang Netizen Sebar Fitnah

Oh! Artis

Menurut Aidil, jika tiada permohonan maaf dia akan mengambil jalan undang-undang.


Nama bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan menjadi perhatian selepas tampil membalas satu dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu anak.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Threads mempersoalkan bagaimana anaknya mahu mengenali bapa sendiri sekiranya ‘so called ayah’ didakwa tidak mengaku anak.

Aidil Zafuan nafi dakwaan tidak mengaku anak

Tidak berdiam diri, Aidil kemudian membalas komen dan menafikan fitnah tersebut. Dengan nada tegas, Aidil turut meminta individu berkenaan memadam hantaran serta membuat permohonan maaf dalam tempoh satu hari.

Aidil 1

Sebelum ini, nama Aidil turut dipetik selepas seorang netizen meninggalkan komen pada hantaran berkaitan anak kepada pelakon Rita Rudaini, sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Aidil 2

Dalam komen tersebut, netizen mempersoalkan kenyataan anak Rita yang tidak mengenali Aidil dan menyebut mengenai nafkah bulanan yang diberikan.

Pssttt! Setiap pihak sebaiknya lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu yang boleh menjejaskan maruah orang lain. Kalau ada dakwaan serius, biarlah disertakan bukti dan diselesaikan melalui saluran yang betul.

Kredit: Thread Aidil Zafuan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top