Trending
Teguran Anwar terhadap pembangkang isu sempadan Malaysia–Indonesia cetus kekecohan Dewan Rakyat. Apa sebenarnya yang berlaku?
Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab dan menghina berkaitan isu sempadan Malaysia–Indonesia, mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, ketika sesi penerangan isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia, Anwar menafikan dakwaan pembangkang yang menuduh beliau mengkhianati negara, sambil menegaskan tuduhan sedemikian perlu diperbetulkan dengan fakta.
“Kalau tak tahu, tanya jangan maki hamun” – Anwar Ibrahim
Dalam nada tegas, Perdana Menteri meminta Ahli Parlimen pembangkang supaya bertanya secara berhemah jika tidak memahami sesuatu isu, bukannya mengeluarkan kenyataan menghina.
Saya harap rakan Ahli Parlimen, yang ada itu menghina, kenyataan biadab…apa tidak betul? termasuk Pendang. Kalau tidak tahu tanya jangan maki hamun.
Suasana Dewan bertukar kecoh apabila Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) bangkit membangkitkan Peraturan Dewan 36(12), mendakwa kenyataan Perdana Menteri tidak berparlimen.
Isunya tuduhan Perdana Menteri mengatakan bahawa kita memaki hamun dan bertindak biadab termasuk Pendang, saya rasa tidak berparlimen.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal dan Datuk Awang Hashim turut bangkit membantah tuduhan tersebut.
Isu 5,207 hektar jadi punca salah faham?
Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menjelaskan beliau hanya merujuk kenyataan polis Indonesia mengenai dakwaan 5,207 hektar kawasan Malaysia dibawa masuk ke Indonesia, sambil menafikan sebarang maki hamun terhadap Perdana Menteri.
Kami tidak pernah maki Yang Amat Berhormat Tambun… ini apa Perdana Menteri?
Namun, Chong Zhemin (PH-Kampar) mempertahankan Perdana Menteri dan menyatakan laporan tersebut adalah palsu serta telah meminta Awang menarik semula kenyataannya sebelum ini.
Menjawab kekecohan itu, Anwar mempertahankan pendiriannya dan menegaskan beliau hanya membantah tuduhan khianat terhadap negara.
Saya kata ada kenyataan biadab dan ada kenyataan menuduh saya khianat pada negara ini yang kita kena betulkan.
Beliau menegaskan isu melibatkan kepentingan negara dan sempadan perlu dibincangkan secara berfakta dan berhemah, bukan dengan fitnah.
Pssttt! Isu melibatkan kedaulatan negara bukan bahan politik murahan. Berbeza pandangan itu biasa, tetapi bincanglah dengan fakta, adab dan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




