“Jangan Nak Tentukan Hidup Orang! Baik Korang Atur Hidup Sendiri”- Noor Nabila Mohon Netizen Jangan ‘Judgemental’

“Jangan Nak Tentukan Hidup Orang! Baik Korang Atur Hidup Sendiri”- Noor Nabila Mohon Netizen Jangan ‘Judgemental’

Susulan dakwaan difitnah gara-gara duduk bersama ketika bercuti di Perancis, kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila tampil membuka mulut dan memohon agar netizen menjadi individu bijak yang tidak mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Selepas meluahkan rasa kesalnya menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nabila sekali lagi menegaskan bahawa netizen tidak berhak menentukan masa depan orang lain.

“Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu, elok ini.

“Kalau kau orang tau sangat masa depan, lebih baik kau orang atur hidup sendiri dan bukannay nak tentukan hidup orang,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila juga menjelaskan, selain anaknya, Jebat Jayden dan bekas suami, Sharnaaz Ahmad, percutiannya ke Paris turut ditemani individu lain.

“Bawa anak bercuti bersama. Kita ni bercuti lima orang, duduk serumah bukan sebilik. Jadi tolong jangan nak judgemental sangat.

“Jadilah netizen yang bijak, berpelajaran civilised!,” ulasnya.

Nabila berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya selepas memuat naik semula tangkap layar portal XTRA berjudul “Jadi Netizen Yang Bijak –  Kesal Difitnah, Noor Nabila Bertegas Tak Rujuk Dengan Sharnaaz Ahmad”.

Scroll to Top