“Jangan Paksa Aku Cerita Taik Masing-Masing” – Shakilla Khoriri Luah Rasa Sedih Isu Anak

“Jangan Paksa Aku Cerita Taik Masing-Masing” – Shakilla Khoriri Luah Rasa Sedih Isu Anak

Oh! Artis

Shakilla Khoriri berang isu getah rambut anak dan RM3 duit sekolah, tegur sikap hipokrit di media sosial.


Pelakon Shakilla Khoriri menjadi perhatian apabila memuat naik luahan mengenai anaknya di media sosial.

BACA: “Doakan Daddy Ameena Kekal Amanah”- Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Dalam perkongsian tersebut, Shakilla mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang menyoal anaknya mengenai getah rambut yang tidak disediakan olehnya.

Shakilla tidak marah tapi sedih

Shakilla Khoriri

Aktres ini turut mempersoalkan duit sekolah anak berjumlah RM3 yang dikatakan tidak diberikan pada hari ini.

Mahal ke harga getah rambut untuk ke sekolah sampai anak aku kena soal kenapa aku tak sediakan sekali? Banyak sangat ke RM3 duit belaja sekolah yang aku berikan pada anak sampai tak diberikan hari ni pada dia?

Menurut Shakilla, kali ini dia tidak marah sebaliknya merasa sangat sedih apabila anaknya dilayani sedemikian rupa.

“Tak bodoh dan tidak pulak pekak bila kalian bercakap tentang maknya”

Shakilla Khoriri

Shakilla turut menyentuh sikap individu yang disifatkan hanya matang pada usia tetapi tidak pada pemikiran.

Rezeki budak tu diberikan akal fikiran lebih baik berbanding dengan kalian yang dewasa hanya pada nama. Tak bodoh dan tidak pulak pekak bila kalian bercakap tentang maknya.

Tambahnya lagi, walau apa pun persepsi orang lain terhadap dirinya, seorang anak tetap akan memilih ibunya.

Jika betul jahatnya mak dia, dia tetap akan bersama mak dia macam mak dia ADA untuk dia.

Dalam masa sama, Shakilla menegur sikap segelintir pihak yang dilihat ‘berlakon’ di media sosial tetapi berbeza di dunia sebenar.

Sudahlah geng! Jangan paksa aku cerita taik masing-masing sebab sekor sekor punya cerita lagi hebat.
Cukup lah dengan penulisan di media sosial masing-masing yang mencerminkan diri sendiri tapi menuduh orang lain. Nampak bodoh dan kelakar. Tahu takut dengan netizen dari yang atas tapi stop munafikkan penulisan dengan kehidupan realiti.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya memahami dan bersimpati dengan situasi yang dilalui pelakon itu.

Pssttt! Kadang-kadang benda kecil boleh jadi besar bila melibatkan emosi dan hubungan kekeluargaan. Dalam hal ini, mungkin lebih baik semua pihak berhenti menuding jari dan selesaikan secara matang demi kebaikan anak. Jangan sampai anak jadi mangsa keadaan orang dewasa.

Kredit: Instagram Shakilla Khoriri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top