Jangan panik ranking Harimau Malaya jatuh

Jangan panik ranking Harimau Malaya jatuh

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi (kanan) diasak pemain Tajikistan, Juraboev Amirbek dalam aksi final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu. – Foto Bernama (Gambar kecil: MOHD AZRAAI)

PENYOKONG bola sepak tempatan tidak seharusnya panik apabila ranking Harimau Malaya jatuh buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar persembahan skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, soal ranking bukan perkara yang harus diberikan penekanan semata-mata, sebaliknya persiapan secukupnya sebelum menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan dan Piala Asia di Qatar pada Januari nanti.

“Bagi saya kejatuhan ranking pasukan kebangsaan ini tidaklah perlu disensasikan. Itu (ranking) seharusnya tidak menjadi sasaran utama pasukan kebangsaan.

“Lagipun, mereka beraksi baik dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini kecuali ketika tewas kepada Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 yang membuka mata (Pan-gon) menilai kembali kelemahan yang ada.

Scroll to Top