Pelakon Que Haidar sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik sebuah video pendek menunjukkan kemesraannya bersama aktres, Fazura baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Que dan Fazura kelihatan sedang menjalani penggambaran bagi jenama pakaian popular, Jakel. Namun, gelagat mereka yang natural dan ‘sweet’ itu nyata mencuri perhatian dan menerima pujian dalam kalangan rakan selebriti serta peminat mereka.
Video berdurasi 30 saat itu menampilkan Que dan Fazura sedang menghayati skrip lakonan mereka, namun suasana tiba-tiba pecah apabila pasangan ini gagal menahan gelak selepas Que menyampaikan ‘pickup line’ nya.
“Harini awak tak perlu pergi mana-mana, pergi hati saya je,” kata Que.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuklah duta Jakel lain seperti, Elly Mazlein dan Achey tampil mengusik pasangan ini.
Malah, rata-rata warganet pula memberi lampu hijau sekiranya dua personaliti itu menjalinkan hubungan yang lebih serius selepas melihat keserasian mereka mempromosikan jenama pakaian tempatan tersebut.









