Jangan politikkan Sukmawati tukar agama dari Islam ke Hindu – Utusan Digital

JAKARTA: Pihak keluarga Sukmawati Soekarnoputri meminta semua pihak tidak mempolitikkan atau memberikan keterangan-keterangan yang tidak difahami berkaitan tindakan anak perempuan Sukarno itu berpindah agama dari Islam ke Hindu.

Perkara itu ditegaskan melalui satu kenyataan akhbar oleh Jero Mangku Gde Made Swardana yang juga ahli keluarga Sukmawati.

CNN Indonesia melaporkan, anak perempuan bekas Presiden pertama Indonesia itu menjalani upacara Sudhi Widhani bagi menukar keyakinan kepada Hindu yang diadakan di Sukarno Center Heritage di Bale Agung Singaraja, Bali.

Menurut Swardana, upacara itu adalah upacara keagamaan dan bukannya politik.

“Kalau mahu berpolitik, mohon maaf agar tidak dilaksanakan di sini,” katanya.