“Jangan Salahkan Baby Shima Jika Ada Lelaki Gila S*ks Serang Dia”

“Jangan Salahkan Baby Shima Jika Ada Lelaki Gila S*ks Serang Dia”

Penyanyi Baby Shima akui bimbang apabila ada peminat lelaki yang terlalu obses dengan dirinya sehingga mengugut mahu membunuh diri dengan minum racun.

Memetik Oh Bulan, Shima berkata lelaki tersebut cemburu selepas menonton muzik video lagu terbarunya serta turut menghantar mesej berbaur lucah.

BACA: Peminat Ugut Bunuh Diri Cemburu Tengok Aksi Mesra Baby Shima Dalam MV 

“Sebenarnya dia dah banyak kali mesej di Instagram (IG) saya, tapi apabila dia cakap mahu bunuh diri dan minum racun, saya jadi takut.

“Bukan itu sahaja, caranya yang terlalu obses (mesej berbaur lucah) terhadap saya dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko. 

“Saya tak tahu apa yang dia bayangkan apabila tengok saya dalam MV Island Boi sampai terlalu obses. Katanya dia dah lama minat saya sehingga rasa cemburu tengok saya bersama model-model lelaki dalam MV itu,” katanya.

Sementara itu, Shima turut kesal apabila ada netizen menuduhnya  aksi dalam muzik video berkenaan mendorong lelaki berkenaan jadi gila seks.

“Tuduhan berat tu. Bagi saya, seseorang jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat. Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tak ada pun yang terlalu obses. Mereka relaks saja,” katanya.

Dalam pada itu, doktor dan penceramah kesihatan, Dr. Afif Mohd. Ridzwan berkata ketagihan seks dalam kalangan masyarakat memang wujud. 

“Dari sudut pandangan saya sebagai seorang doktor, jangan salahkan Baby Shima jika ada lelaki gila seks ‘serang’ dia. Lelaki seperti ini boleh ‘serang’ sesiapa sahaja tak kira artis atau bukan.

“Ini kerana sifat ketagihan terhadap seks dalam diri seseorang itu berlaku bukan dalam masa yang singkat dan banyak faktor lain yang menjadi punca,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top