“Jangan Sampai Nafi Apa Yang Disuruh Allah” – Tidak Menghukum, PU Riz Beri Peringatan Tentang Aurat Wanita 

“Jangan Sampai Nafi Apa Yang Disuruh Allah” – Tidak Menghukum, PU Riz Beri Peringatan Tentang Aurat Wanita 

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz terpanggil untuk memberi komen mengenai wanita yang tidak bertudung, atau menutup auratnya.

Menerusi perkongsian status di Instagram, suami kepada selebriti Noor Neelofa itu menjelaskan tidak wajar apabila seorang manusia menidakkan tuntuan Allah SWT.

“Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’, kita manusia tak lari dari kesilapan.

“Tapi, dalam Agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.

“Kita semua pun buat dosa, tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan,” katanya.

PU Riz

Sementara itu, bapa anak satu ini menjelaskan dia tidak menghukum mana-mana pihak malah hanya mahu memberi peringatan secara terbuka kepada pengikutnya di media sosial.

“Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja. Kalau raasa perasaan dan hati jadi sandaran semata-mata, memang akan binasa hidup ini. Syariat Tuhan hadir bagi membimbing manusia,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada nasihat dan peringatan PU Riz untuk terus kekal istaqamah.

Namun begitu, ada pula segelintir netizen memetik nama kakak dan adik iparnya, Noor Nabila serta Ameera Khan di ruangan komen.

PU Riz PU Riz

Artikel Berkaitan: “Perlu Ke Kita Buat Benda Yang Memalukan Untuk Tarik Perhatian?” – PU Riz Nasihat Orang Ramai Jaga Maruah Diri

Artikel Berkaitan: Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Belum Kongsi Rupa Paras Abdullah Abbas, Neelofa & PU Riz Rasa Lebih Selesa ‘Kaburkan’ Wajah Anak

Scroll to Top