Jangan terpedaya ejen palsu

Jangan terpedaya ejen palsu

Pihak PFAM membantu Agesa Amuzu (dua dari kiri) untuk pulang ke negaranya.

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menasihatkan setiap pemain supaya tidak terpedaya dengan ejen palsu.

Ia selepas seorang pemain bola sepak dari Kenya, David Agesa Amuzu yang terkandas di negara ini selepas dijanjikan oleh seorang ‘ejen’ peluang bermain di Liga Malaysia.

PFAM dalam satu kenyataan berkata, kisah Agesa Amuzu itu harus dijadikan pengajaran sekali gus mendidik pemain bola sepak tentang risiko yang berkaitan dengan individu yang berpura-pura menjadi ejen.

“Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pemain untuk memastikan kes penipuan melibatkan ejen palsu dapat dihindarkan ialah mengesahkan pendaftaran ejen dengan persatuan bola sepak atau lesen FIFA mulai Oktober 2023.

Scroll to Top