Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menyindir kemesraan suaminya, Aslam bersama madunya, Umisya Mazlan.
Segalanya bermula selepas seorang individu meninggalkan komen di Tiktok Marissa dengan mendakwa Aslam tak boleh hidup tanpa Umisya.

Tak berdiam diri, Marissa tampil balas mengenai perkara itu.
Awak jangan tunjuk sangat senang digula-gulakan.
Namun begitu, komen tersebut telah dipadam selepas menerima perhatian meluas daripada warganet.
Umisya balas tindakan Marissa Dania, petik kata-kata penuh makna

Tak lama selepas itu, Umisya pula tampil memuat naik semula tangkap layar komen Marissa di Tiktok miliknya. Dalam hantaran yang lain, dia turut berkongsi gambar bersama anak perempuannya disusuli petikan penuh makna.
Ada wanita yang sanggup memodifikasi tulang rusuknya sedemikian rupa, bertahan dari sekian benturan, hingga ia lupa dia seorang wanita.
Perkongsian itu dilihat sebagai reaksi terhadap situasi semasa rumah tangga mereka yang terus menjadi sorotan ramai.
Netizen kecewa dengan tindakan Marissa Dania
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap Marissa, malah ada yang menyifatkan tindakannya sebagai kurang matang dan hanya mengundang lebih banyak kontroversi.




