Selebriti terkenal, Janna Nick menjadi bualan hangat netizen gara-gara satu temu bual bersama Fattah Amin yang dikatakan agak keterlaluan dan kurang sensitif.
Video temu bual yang tular itu menunjukkan Janna melontarkan satu soalan yang menyentuh tentang perasaan lelaki selepas bercerai.
Netizen anggap soalan Janna tak wajar
Meskipun niat asalnya mungkin sekadar ingin mendapatkan pandangan jujur dari Fattah, namun cara penyampaian dan pemilihan kata Janna membuatkan ramai yang berasa tidak selesa.
Dalam video yang kini viral di TikTok dan pelbagai platform lain, Janna dilihat berkata:
Lelaki ni bila dah berpisah dia rasa macam mana, dia rasa happy ke, dia rasa terlepas ke beban, dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni dah ke. Contoh, bukan bekas isteri kau, aku cakap situasi lelaki…
Ramai pengguna media sosial tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap soalan tersebut. Ada yang beranggapan ianya tidak wajar diajukan, lebih-lebih lagi kepada seorang selebriti yang baru sahaja berdepan dengan penceraian.
Netizen kecam perkataan ‘perempuan gila’

Netizen rata-ratanya mengecam penggunaan ‘perempuan gila’ seolah-olah penceraian berlaku disebabkan isteri yang bermasalah.
Di sebalik kontroversi itu, ramai juga yang kagum dengan reaksi Fattah Amin yang turut dilihat tidak selesa.
Walaupun soalan agak ‘pedas’, Fattah tetap tenang, tidak melenting dan menjawab dengan profesional.
Untuk pengetahuan, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun pasangan ini telah sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.