Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick menerima kecaman hebat netizen selepas mengajukan soalan kepada Fattah Amin dengan menyebut istilah “perempuan gila” dalam satu segmen rancangan hiburan.
Menurut laporan mStar, rata-rata netizen menyifatkan ungkapan itu merujuk kepada bekas isteri Fattah, aktres Fazura, dan menuduh Janna tidak menghormati kaum wanita.
“Yang gila tu saya, bukan orang lain!” – Janna Nick

Tak tunggu lama, Janna tampil memberikan penjelasan menerusi video di TikTok, menegaskan bahawa soalan itu sebenarnya bersifat umum dan bukan ditujukan kepada sesiapa.
Korang kata saya cakap Fazura perempuan gila. Yang gila tu saya! Saya yang gila, diperakui.
Nak faham pandangan lelaki lepas bercerai

Menurut Janna, niat asalnya hanyalah untuk memahami perspektif lelaki selepas bercerai, terutama mengenai rasa bebas atau tekanan yang mereka alami.
Saya nak tahu macam mana lelaki rasa, adakah rasa bebas daripada tanggungjawab, anak bini, atau rasa wanita itu ‘gila’ bila dah berpisah?
Mana mungkin hina wanita

Janna turut meluahkan bahawa dia tidak pernah berniat menghina kaum wanita, apatah lagi dirinya sendiri berasal daripada keluarga yang melalui perceraian.
Ibu saya juga wanita yang diceraikan. Saya sangat faham perasaan perempuan yang ditinggalkan. Saya takkan hina wanita atau ibu saya sendiri.
Dalam nada rendah diri, Janna memohon maaf sekiranya soalannya terlalu ‘direct’ dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Itulah tanggungjawab saya sebagai pengacara. Saya tahu ada yang rasa terguris, jadi saya mohon maaf.