Jarak Kemenangan Terlalu Panjang, KRU Terharu Legasi Masih Diterima Peminat – “Bila Cakap Pasal Ni, Saya Meremang!”

Jarak Kemenangan Terlalu Panjang, KRU Terharu Legasi Masih Diterima Peminat – “Bila Cakap Pasal Ni, Saya Meremang!”

“Terus terang bila cakap pasal ni saya rasa goosebump, rasa macam tahun 90-an”, demikian respons Datuk Norman Abdul Halim, 53, selepas ditanya mengenai perasaannya ketika diangkat sebagai penerima Anugerah Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian  (ABPBH37) ke-37 pada Jumaat.

Katanya, KRU terharu apabila legasi mereka masih terus dihargai peminat meskipun sudah lebih tiga dekad mewarnai industri hiburan tempatan.

Dan, kemenangan kumpulan itu disifatkan sebagai membangkitkan kembali memori indah era kegemilangan mereka pada awal 1990-an.

“Terus terang bila cakap pasal ni saya rasa goosebump, rasa macam tahun 90-an.

“Itu yang kali terakhir kami menang dan sewaktu itu memang dekad KRU.

“Kami bermula pada tahun 1992 sampai tahun 2002. Kami aktif buat konsert, buat album dan sebagainya. Alhamdulillah.

“Pada akhirnya, saya rasakan ini adalah kerana lagu-lagu kami masih dimainkan,” katanya.

Selain itu, kejayaan dan kelangsungan legasi KRU turut disifatkan sebagai hasil sokongan padu keluarga sejak awal pembabitan mereka dalam dunia seni.

“Legasi kami dalam industri hiburan sentiasa diteruskan adalah berkat daripada ibu bapa kami yang menyokong,” tambahnya.

Tidak habis disitu, Datuk Yusry berkata, kejayaan konsert GenKRU yang dianjurkan baru-baru ini juga dilihat sebagai faktor utama yang mendorong kepada kemenangan mereka sekali gus berjaya menyuntik semula semangat peminat lama untuk kembali menyokong perjalanan seni KRU.

“Disebabkan konsert itu, kami berjaya buat semangat peminat kami menyala untuk sertai perjalanan kami.

“Kalau sebelum ni yang disokong dan diundi di ABPBH adalah artis-artis muda kerana peminat mereka masih aktif,” jelasnya.

Sekdar info, pada malam anugerah berprestij itu KRU muncul berdua tanpa kehadiran adik mereka, Edry.

Scroll to Top