Jarang tunjuk muka ketika masak, wajah YouTuber Che Nom seiras Uqasha Senrose!

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ketika bulan Ramadan ini, pastinya ramai yang melayari internet terutamanya saluran YouTube bagi memperolehi resepi-resepi menarik untuk dijadikan panduan untuk menu berbuka puasa.

Ramai YouTuber masakan tidak lokek berkongsi menu-menubaru dan pastinya mudah disediakan dalam waktu yang singkat.

Salah satunya ialah Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar yang aktig berkongsi pelbagai resepi masakan tak hanya pada bulan Ramadan.

Walau bagaimapun, dia jarang menunjukkan wajah didalam video masakannya walaupun saluran YouTube Che Nom sudah di subscribe lebih dari sejuta penonton.

Namun begitu, bersempena dengan awal Ramadan tempoh hari, YouTuber tersebut telah membuat video memperlihatkan wajahnya sambil memberi ucapan selamat berpuasa kepada para penonton.

Menerusi komen di video tersebut, Che Nom telah mendapat pelbagai pujian daripada warganet dan ada diantara mereka merasakan Che Nom seiras dengan pelakon popular, Uqasha Senrose.

Dalam video berdurasi 9 minit lebih itu, Che Nom telah membuat ucapan selamat berpuasa untuk semua umat Islam dan menerangkan mengenai format baru videonya selepas ini.

Selain itu, dia juga sempat berkongsi resepi membuat kuih tepung pelita yang pastinya menjadi manisan paling dicari ketika bulan Ramadan.

Untuk makluman, Che Nom merupakan antara YouTuber masakan yang mempunyai jumlah subscribers yang tinggi di Malaysia. Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu dan membenarkan sesiapa sahaja menggunakan resepinya untuk tujuan berniaga ataupun makan sendiri sahaja.

Sumber: Che Nom