Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik – Imam masjid

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik – Imam masjid

am@hmetro.com.my

Sipitang: Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang kuburnya digali semula hari ini selepas dikebumikan pada 17 Julai lalu dikatakan masih utuh dan dalam keadaan baik.

Perkara itu dimaklumkan Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral yang turut menyaksikan proses penggalian semula kubur dan mengeluarkan jasad arwah Zara.

Sebelum itu, viral video yang dikongsi netizen di media sosial mengatakan ibu Zara Qairina melihat jasad anaknya masih dalam keadaan baik dan utuh.

Video turut merakam Amani sebagai mengiyakan apa dikatakan oleh individu berhubung keadaan jasad Zara.

Ketika dihubungi, Amani berkata, ramai yang menyaksikan keadaan jasad Zara Qairina seperti dikatakan ibu Allahyarham dan beliau adalah antara yang melihatnya sendiri.

“Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi… ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan ada daripada JAKIM juga,” katanya.

Terdahulu, penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini, mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam selepas dimulakan pada 6.04 petang.

Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail, ketika ditemui berkata, jenazah dibawa ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 9 pagi esok.

  • Mahkamah Majistret Sipitang keluarkan perintah penggalian semula kubur Zara
  • Kes Zara Qairina: “Saya tiada anak bernama Farisha” – Mohd Arifin
  • Ibu pelajar KV Lahad Datu yang dibunuh doa keadilan untuk Zara
  • PM beri jaminan siasatan kes Zara Qairina telus, tanpa tolak ansur
  • Jangan jadi hakim kes kematian Zara Qairina – Fahmi
  • Ribuan hadir aksi vigil, tuntut keadilan Zara Qairina
  • Jabatan Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Scroll to Top