Jati diri HAMAS tidak mudah ‘dibeli’



‘THERE is no such thing as a freegift in international relation…’ Kenyataan yang sangat benar. Bukan sahaja dalam hubungan Antarabangsa, malah juga dalam politik domestik. Kerana itulah Anggota Biro Politik Hamas Solah Barduwil berkata:

“Percubaan memecah masuk (ke dalam HAMAS) melalui harta beracun, menyentuh (prinsip) dan bersyarat untuk pembangunan semula Gaza, kami tahu sepenuhnya.”

“Kami tidak akan membayar apa saja harga politik untuk sebarang bantuan.”

“Bantuan-bantuan yang diberikan ada pelbagai motif, pejuang Palestin tidak akan membayar harga politik kepada mana-mana pihak yang memberi bantuan sebagai balasan kepada gencatan senjata.”

Advertisement

Kerana inilah juga HAMAS mampu bertahan sebagai pihak yang sentiasa wujud dan berjuang atas jalan kebenaran di Baitulmaqdis sebagaimana Hadis Nabi S.A.W. Mereka tidak pernah berjaya dibeli walaupun cubaan tersebut sering berlaku.

Saya tak risau langsung mereka terima bantuan Mesir. Mereka tak akan tunduk kepada agenda Deal of The Century. Saya juga tak risau mereka terima bantuan Iran. Tak akan jadi Syiah hanya kerana bantuan itu. Apatah lagi bantuan Turki. Two state solution tajaan PBB tidak akan dikompromi.

HAMAS adalah cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. Mereka menerima doktrin-doktrin berkenaan sumbangan ini. Syeikh Said Hawwa, pemimpin Ikhwan di Syria telah menghuraikan soal ini dalam bukunya Durus Fi Amal Islami. Selagi mereka berpegang pada prinsip ini, kita tidak bimbang walau apa pun motif sumbangan yang diberikan pihak lain.

ALANG IBN SHUKRIMUN
13 Syawal 1442
25 Mei 2021 – HARAKAHDAILY 25/5/2021