Jatuh kondominium: Ibu dikuarantin HFMD kesal tak bersama anak

Jatuh kondominium: Ibu dikuarantin HFMD kesal tak bersama anak

mhafis@mediaprima.com.my

Serdang: “Saya lebih rela tidak dikuarantinkan jika tahu akan kehilangan anak,” luah ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 29 kondominium di Puchong, di sini, ketika dalam jagaan pengasuh, semalam.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun dan diarahkan doktor untuk menjalani kuarantin selama lima hari.

Berikutan itu, katanya, dia meminta pengasuh yang sudah biasa menjaga kedua-dua anaknya sejak kecil untuk menguruskan anak perempuannya itu buat sementara waktu.

“Kedua-dua anak saya dijaga pengasuh sejak kecil lagi dan mereka memang suka ke rumahnya (rumah pengasuh).

“Saya masih trauma dan tak sanggup nak lihat mayat anak, namun terpaksa menuntutnya untuk urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, kanak-kanak perempuan itu terjatuh dari tingkat 29 ke lantai tingkat lima kondominium itu selepas memanjat tingkap yang tidak berjeriji.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.30 tengah hari, sebelum anggota rondaan menemukan mayat mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top