“Tunggu kenyataan daripada saya”.
Demikian respons abang kepada pelakon Mumtazar Ghufran iaitu, Firdaus Ghufran susulan pendedahan berani dari bekas tunangnya, Saidah Kamarudin seperti yang tular sejak Selasa.
Kata Firdaus, dia meminta Saidah untuk menjauhkan diri dari adiknya sekaligus tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan berhubung masalah yang timbul.
“Saidah anda tunggu kenyataan daripada saya.
“Sila jauhkan diri anda daripada adik saya perempuan murah,” katanya.
Perkara itu dikongsi Firdaus menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.
Terdahulu, Saidah mendakwa bekas tunangnya, Muntazar menggodam akaun TikTok miliknya yang dipercayai telah menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
Sekadar info, Saidah dan Muntazar mengikat talin pertunangan pada Mei tahun lalu namun mereka disahkan putus pada Oktober tahun sama.