Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan pada peringkat ijazah sarjana.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fazeera berkata dia menangis apatah lagi menjawab peperiksaan ketika sedang berpantang namun berjaya meraih keputusan cemerlang.
BACA: Isteri Fizo Omar Kesal Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat

Dalam hantaran itu, Fazeera turut berkongsikan keputusan peperiksaannya meraih gred cemerlang bagi keempat-empat subjek.
“Sumpah, saya menangis di bahu suami saya. Buat peperiksaan ketika dalam pantang, siapkan kertas konsep 30 muka surat dalam masa kurang daripada dua minggu. Ya Allah, syukur!” katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi hantaran Fazeera berkata ramai anak kecil mengajarnya banyak perkara dimana dia lebih berdisiplin dalam menguruskan masa dalam kehidupan seharian.
“Saya jadi lebih disiplin dengan masa sebab masa itu adalah segalanya untuk menguruskan duniawi ini. Contoh, sehari sebelum, saya sudah tetapkan jadual apa nak dibuat keesokan harinya. Kalau tidak, saya akan bangun pagi dengan rasa sangat rugi.
“Saya akan rancang bila saya nak buat live, masa untuk siapkan tugasan, dan masa untuk bersenam,” katanya.




