Bakal melabuhkan tirainya, drama fenomena Keluarga Itu episod akhir dijangka sarat dengan debaran, emosi dan kejutan di luar jangka.
Dengan jangkaan tontonan mencecah 4 juta, drama ini terus membuktikan kedudukannya sebagai antara drama karya tempatan paling berpengaruh tahun ini.
Sejak ditayangkan, drama yang sarat dengan pergolakan emosi serta isu kontroversi ini menyorot perhatian penonton drama tempatan.
Malah, sehingga kini isu yang diketengahkan juga masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penonton.
Persoalan paling besar yang menghantui penonton kini, siapa sebenarnya yang membunuh Jihad? Mhia yang kelihatan semakin tak keruan? Aman yang makin hilang arah? Boy yang penuh niat jahat sejak awal? Atau Iman, lelaki bertopeng mulia yang mungkin menyimpan rahsia kelam.
Setiap watak mempunyai niat tersendiri dan segalanya bakal terbongkar pada episod akhir yang akan ditayangkan pada Jumaat ini.
Cempaka akhirnya menyaksikan sendiri wajah sebenar suaminya, Iman betapa hinanya perlakuan terhadap Dhini. Lebih menyakitkan, Iman tanpa rasa bersalah meletakkan kesalahan pada Cempaka, kononnya dia tidak ‘memberi’ apabila diminta.
Rumah tangga yang suatu ketika dahulu bahagia kini musnah, dihimpit kejahatan dan pengkhianatan. Satu demi satu rahsia gelap mula terlerai.
Adakah Chem akan terlembut hati dan menolong suaminya yang pernah disanjung tinggi? Atau akan terus menuntut keadilan atas perbuatan keji Iman.
Dengan pelbagai teori dan spekulasi, episod akhir Keluarga Itu dijangka mencatat sejarah tersendiri.
Rata-rata penonton meluahkan keterujaan sekaligus tidak sabar menantikan nasib watak-watak kegemaran mereka.
Jangan lupa saksikan episod akhir Keluarga Itu, malam esok, 9 Mei 2025 pada jam 9.00 malam.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.




