Pelakon Jazmy Juma mengaku sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarga tercinta.
Kata Jazmy, keluarganya tidak mempunyai sebarang tradisi khusus setiap k ali menjelangnay perayaan Aidilfitri selain lebih gemar meraikan Hari Raya secara santai dan mengikut keadaan semasa.
“Raya saya tahun ini dengan keluarga insya-Allah. Kami tak ada sebarang tradisi yang khusus.
“Selalunya akan berubah-ubah, maksudnya di hari raya memang kami akan cuba macam-macam benda.
“Tapi juadah yang tak boleh saya tinggalkan sewaktu raya adalah lemang. Raya mesti kena ada lemang dan keluarga,” katanya.

Ketika disoal mengenai persepsi keluarga dan peminat mengenai soalan berkenaan jodoh, pemilik nama lengkap Jazmy Khan Juma Khan, 28, itu menjelaskan, dia terbuka dan tidak mempunyai masalah untuk menjawab pertanyaan terbabit.
“Itu normal. Saya okay sahaja kalau ditanya soalan-soalan sebegitu.
“Saya terbuka, saya okay sahaja untuk menjawab soalan berkenaan. Masih dengan siapa? Masih bahagia ke tak bahagia? Sihat ke tak sihat, saya okay,” jelasnya.
Akuinya, dia juga teringin untuk mengajak teman wanitanya meraikan raya bersama.
“Ya, saya teringin sangat (bawa kekasih beraya), berhubungan kan ‘best’,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama TV3, Kerana Cinta Itu Dusta memaklumkan bahawa dia akan kembali aktif ke set penggambaran selepas selesai cuti perayaan ini.
“Projek dan lakonan akan bersambung selepas raya, insya-Allah.
“Hari raya ini pihak produksi dan kru pun nak cuti, jadi Alhamdulillah dapat raya,” ujarnya.




