JBL Perkenal Barisan Speaker Baharu: Lagi Kuat, Lagi Pintar, Lagi Mantap Untuk Semua Jenis Party | Oh! Lifestyle – Oh! Media

JBL Perkenal Barisan Speaker Baharu: Lagi Kuat, Lagi Pintar, Lagi Mantap Untuk Semua Jenis Party | Oh! Lifestyle – Oh! Media

JBL baru-baru ini memperkenalkan rangkaian speaker terbarunya dalam satu acara santai, JBL Drive & Groove yang diadakan di The Gasket Alley.

Dsc08612
D3l08232
D3l08440

Pengunjung bukan saja dapat mendengar sendiri kualiti bunyi setiap model, tetapi juga merasai vibe sebenar yang JBL cuba bawakan seperti muzik yang kuat, lampu yang funky dan suasana yang memang buat orang tak nak balik awal.

JBL PartyBox 720: Speaker Gergasi Dengan 800W & Lightshow Next-Gen

Ls jbl partybox 720 lifestyle 01 904x560px

800W JBL Pro Sound Dengan Bass Yang Boleh Gegarkan Satu Gelanggang

PartyBox 720 hadir dengan kuasa 800W yang dipacu dua woofer 9 inci dan dua dome tweeter 30mm, menghasilkan bass yang padu dan highs yang jelas walaupun volume maksimum. AI Sound Boost pula memastikan bunyi kekal kuat tapi bersih tanpa distortion.

Lightshow Dinamik Yang Ikut Beat Lagu

Selain bunyi, PartyBox 720 juga membawa visual melalui lightshow serba baharu yang sync dengan muzik. Sama ada korang nak mood tenang atau vibe festival, semuanya boleh dikawal melalui JBL PartyBox App.

Mudah Dialihkan Dengan Roda Baharu Yang Lebih Kukuh

Rekaannya juga lebih praktikal dengan roda lebih lebar dan handle ergonomik, menjadikan speaker besar ini mudah dibawa ke mana-mana dalam rumah, halaman atau event luar.

Bateri Boleh Tanggal Sampai 15 Jam

Dilengkapi dua bateri boleh tanggal, pengguna boleh menikmati sehingga 15 jam playtime, ditambah 2 jam lagi melalui Fast Charging 10 minit.

Harga: RM4,999 (mula dijual 1 Oktober di jbl.com)

JBL Grip: Speaker Kecil Yang Serius “Built Tough”

Dsc08391

Saiz Comel, Tapi Bunyi Besar

JBL Grip ialah speaker ultra-portable dengan 16W JBL Pro Sound dan AI Sound Boost yang memberikan bass lebih dalam tanpa distortion.

Boleh pair dua unit untuk stereo, atau sambung lebih banyak speaker melalui Auracast™.

Rekaan Aktif Dengan Hook & Ambient Light

Grip sesuai untuk pengguna aktif dengan rope hook terbina bagi memudahkan ia digantung pada beg, basikal atau peralatan outdoor. Ambient light di panel belakang juga boleh diubah warna melalui aplikasi JBL Portable.

IP68: Tahan Air, Habuk & Jatuh

Grip bukan sekadar kecil, ia lasak. Dengan ketahanan IP68, ia selamat dari air, habuk dan juga jatuh.

12 Jam Playtime + 2 Jam Dengan Playtime Boost

Battery life panjang menjadikannya teman sesuai untuk aktiviti harian atau outdoor.

Harga: RM599 dengan 10 pilihan warna termasuk hitam, putih, camo, pink, turquoise dan banyak lagi.

Siri JBL PartyBox Baharu: Termasuk PartyBox 520 & Encore 2

JBL terus mengekalkan takhta sebagai jenama No.1 Party Speaker Dunia dengan teknologi AI Sound Boost, Auracast™, bateri boleh tanggal dan binaan splashproof untuk model terbaharu.

JBL PartyBox 520: Speaker High Power Dengan Handle Teleskopik

Jbl partybox520 batterylife kv static 169 rgb

Direka Untuk Party Besar

PartyBox 520 ialah salah satu speaker bateri paling kuat di pasaran, menawarkan 400W output dengan JBL Pro Sound.

Mudah Bergerak Dengan Telescopic Handle

Dilengkapi roda besar dan handle teleskopik, ia mudah dibawa ke mana-mana sama seperti luggage travel.

15 Jam Playtime + Bateri Boleh Tukar

Fast Charge 10 minit memberi tambahan 2 jam playtime.

Harga: RM3,599

JBL PartyBox Encore 2: Untuk Karaoke & Fun Tanpa Henti

580969 jbl Partybox Encore 2 Lifestyle 1 1aac32 original 1741370134

Encore 2 sesuai untuk karaoke dan sesi santai kerana ia hadir dengan dua mikrofon digital tanpa wayar bersama holder yang boleh ditanggalkan.

Speaker ini juga dilengkapi lightshow berwarna-warni, Bluetooth 5.4 LE Audio dan bateri sehingga 15 jam. Fast Charge 10 minit memberi tambahan 80 minit playback.

Harga: RM2,099

JBL Terus Dominasi Dunia Audio Portable

Daripada speaker kecil dan lasak seperti JBL Grip, hinggalah party speaker powerhouse seperti PartyBox 720 dan siri PartyBox baharu, JBL menawarkan pilihan untuk semua gaya hidup.

Sama ada untuk house party, camping, gathering besar atau outdoor event, JBL sentiasa ada solusi audio yang kuat, tahan lasak dan mudah digunakan.

Untuk lebih banyak info dan update ikuti JBL di Facebook, Instagram dan TikTok.

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top