JDT lancar skuad hoki ais

JDT lancar skuad hoki ais

rizar@mediaprima.com.my

ISKANDAR PUTERI: Bukan sahaja pembabitan dalam bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengorak langkah dalam sukan baharu iaitu hoki ais yang bakal membabitkan diri dalam kejohanan liga domestik, `Weekend Warriors League’ pada Jun depan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penyertaan dalam liga itu bukti kesungguhan JDT untuk meningkatkan profil sukan tersebut di Malaysia sekali gus mengembangkan lagi jenama JDT.

“Kita telah kenal pasti 10 pemain dan ditandatangani oleh kelab. Kesemua mereka berusia bawah 20 tahun, kecuali seorang pemain berpengalaman yang berusia 28 tahun.

“Ada antara mereka berpengalaman menyertai Sukan SEA. Sebagai persediaan kejohanan nanti, mereka kini giat berlatih di Sunway, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JDT di sini, petang tadi.

Pada majlis itu juga, Tunku Ismail turut melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad Hoki Ais JDT.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, JDT juga akan membina gelanggang hoki ais di Iskandar Puteri, Johor yang dijangka membabitkan kos antara RM8 juta hingga RM9 juta selain akademi hoki ais JDT akan dinaiktaraf bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top