JDT pamer taring awal di Sepanyol

JDT pamer taring awal di Sepanyol
Kesebelasan utama Harimau Selatan. Foto Johor Southern Tigers

Kesebelasan utama Harimau Selatan. Foto Johor Southern Tigers

GERGASI Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi meyakinkan apabila membelasah Real Murcia Imperial 4-0 dalam aksi pembukaan kem latihan pramusim Harimau Selatan di Sepanyol.

Empat jaringan Harimau Selatan hadir menerusi sentuhan penyudah bergaya Bergson da Silva seawal minit kelima, sebelum Jairo da Silva menggandakan kedudukan pada minit ke-20.

Da Silva buka jaringan awal buat JDT ketika menentang Real Murcia Imperial. Foto Johor Southern Tigers

Da Silva buka jaringan awal buat JDT ketika menentang Real Murcia Imperial. Foto Johor Southern Tigers

Romel Morales pula menambah dua lagi gol pada babak kedua, masing-masing pada minit ke-56 dan 64.

Kemenangan ini membuka tirai kempen pramusim yang padat buat skuad kendalian Xisco Muñoz, yang kini sedang menghadapi lapan perlawanan kompetitif sepanjang kem latihan dari 2 hingga 24 Julai ini.

JDT menyusun perlawanan persahabatan menentang kelab dari Sepanyol, United Kingdom, Qatar dan Arab Saudi sebagai persiapan rapi menghadapi tiga kejohanan utama musim 2025/26, Liga Malaysia, Liga Juara-Juara Asia Elit dan Kejuaraan Kelab ASEAN.

Selepas aksi menentang Real Murcia Imperial di Pusat Latihan Melia Villaitana, JDT dijadual turun berdepan Costa City pada 7 Julai, diikuti pertemuan dengan kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City pada 9 Julai.

Turut menanti cabaran buat Harimau Selatan ialah Levante UD (12 Julai), Valencia Mestalla (14 Julai), serta dua kelab gergasi Qatar, Al Rayyan SC (16 Julai) dan Al Arabi SC (19 Julai).

Kempen pramusim mereka akan ditutup dengan perlawanan menentang Riyadh FC dari Arab Saudi pada 21 Julai.

Scroll to Top