JDT tidak goyang di Gambang

JDT tidak goyang di Gambang

Aksi menarik JDT B-15 menentang Sime Darby dalam perlawanan Kumpulan B Piala Pra U 2023 di Gambang, Kuantan. – Foto Sukan IPT

PASUKAN Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah 15 tahun (B-15) berjaya menampilkan momentum positif ketika menyingkap saingan Piala Pra U 2023 di padang Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang.

Skuad muda Harimau Selatan beraksi dengan sembilan pemain berkongsi satu mata ketika seri 1-1 berdepan Akademi Bolasepak Sime Darby dalam perlawanan Kumpulan B.

Dalam perlawanan di padang 7 itu, akademi dari selatan tanah air tersebut terpaksa beraksi 10 pemain selepas Qhairul Muheymeim dilayangkan kad merah dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan intensiti permainan dalam usaha memecah kebuntuan jaringan.