PENYANDANG juara Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi pusingan 16 Piala FA 2025/26 berdepan skuad Liga A1 Semi Pro, UM Damansara United di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.
Menurut pengendali skuad Harimau Selatan, Xesco Muñoz, skuad Harimau Selatan itu juga akan memberikan fokus selain mengelak melakukan kesilapan di sepanjang perlawanan.
“Kita akan turunkan pemain terbaik dan memberikan aksi yang terbaik. Tidak kira siapa lawan kita.
“Apa yang penting adalah kami mampu mempamerkan aksi terbaik dan maksimum di padang bagi menjamin kemenangan
akan memberi tumpuan sepenuhnya dan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memastikan slot ke suku akhir menjadi milik mereka.
“Kami mahu buktikan perkara yang penting dalam bola sepak adalah komitmen dan semangat untuk menang, sama ada menentang pasukan kuat atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Munoz berkata, skuad Harimau Selatan itu juga mahu mengekalkan momentum cemerlang ketika berdepan UM Damansara.
Bagaimanapun katanya, kesemua pemain diingatkan agar berwaspada dengan ancaman kelab berkenaan yang berpotensi melakukan kejutan.
“Seperti yang saya katakan tadi, JDT tidak boleh memandang mudah cabaran lawan. Oleh itu, kesemua pemain perlu memberikan yang terbaik di sepanjang perlawanan dan meraih kejayaan yang diharapkan,” katanya.