Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden menjadi perhatian ramai apabila dilihat berlatih tinju bersama pelakon, Andy Teh.
Menerusi perkongsian di Instagram, Andy memuat naik gambar serta video memaparkan Jebat dan Sharnaaz sedang berlatih seni mempertahankan diri itu.
BACA: Tewas 38 Saat, Ameera Khan Tetap Anggap Jefri Nichol ‘Real Man’
Diruangan komen, rata-rata netizen ianya langkah yang bagus menghantar anak mengikuti kelas mempertahankan diri serta memuji kecomelan Jebat.
Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen sindiran mengaitkan dengan isu kekalahan Jefri Nichol ketika berlawan dengan El Rumi baru-baru ini.





