Jebat Jayden berlatih tinju, netizen tinggalkan komen – “Pastikan jangan 38 saat”

Jebat Jayden berlatih tinju, netizen tinggalkan komen – “Pastikan jangan 38 saat”

Anak kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden mencuri perhatian warganet setelah menjalani sesi latihan tinju bersama pelakon filem Blood Brothers, Andy Teh.

Jebat berlatih tinju

Jebat berlatih tinju

Menerusi hantaran di Instagram, Andy memuat naik video dan beberapa keping gambar memaparkan dua beranak itu aktif berlatih seni mempertahankan diri dalam gelanggang yang sama.

Instagram will load in the frontend.

“Ghazi’s junior in the making, Jebat Jayden” tulis Andy di Instagram, semalam.

Jebat berlatih tinju

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji Jebat kerana sejak kecil sudah berani mengikuti seni bela diri persis babanya yang dilihat tegas dan lantang di dalam media sosial.

Malah ada juga netizen yang cuba meninggalkan komen beerbentuk sindiran mengaitkan isu kekalahan Jefri Nichol yang merupakan kekasih kepada ibu saudaranya, Ameera Khan ketika berlawan tinju ‘Superstar Knockout’ bersama El Rumi.

Lagi hebat daripada bakal bapa saudara

Hebatnya Jayden

Pastikan bukan 38 saat

Artikel lanjut: Sharnaaz Ahmad puji Nabila pandai didik Jebat Jayden bab agama Islam

Terdahulu, kehadiran Ameera dan keluarganya ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada Jefri telah menerima pelabagai sindiran dan kecaman netizen apabila pelakon itu tewas dalam masa hanya 38 saat sahaja.

Sumber: Instagram andytehkh

Scroll to Top