Jefri Nichol Mesra Usap Perut Peminat, Komen Fadzil Zahari Curi Perhatian – “Pantang Betul Abang…”

Jefri Nichol Mesra Usap Perut Peminat, Komen Fadzil Zahari Curi Perhatian – “Pantang Betul Abang…”

Pelakon, Fadzhil Zahari mencuri perhatian selepas dia memberi respons terhadap sebuah video memaparkan tindakan aktor Indonesia, Jefri Nichol mengusap perut salah seorang wanita dipercayai peminatnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun portal hiburan, suami kepada aktres Yana Samsudin ini seolah-olah kurang senang terhadap perbuatan kekasih hati pempengaruh dan model, Ameera Khan.

“Kalau terjumpa mamat ni dia usap-usap perut abang memang makan penendang, pantang betul abang… huh,” tulisnya di salah sebuah perkongsian portal hiburan.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan komen yang ditinggalkan oleh Fadzil itu, malah ada juga yang bersetuju dengan kenyataan selebriti itu.

Video tersebut meraih perhatian ramai yang mengkritik perbuatan Jefri mengusap perut wanita berkenaan sekali gus dianggap tidak sopan.

@wulannfauziah

Ngakuuuu ini pasti salah satu wishlist ciwi-ciwi kan biar anaknya ganteng kaya nichol?! bercanda padahal ges😭😭 #jefrinichol

♬ Obsessed – jinxknsaudios

Sebelum ini, Ameera secar terbuka mendedahkan hubungan percintaan mereka ketika pertama kali hadir ke sebuah acara bersama, minggu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadir Ke Acara Bersama… Ameera Khan & Jefri Nichol Tak Lepas Pegang Tangan, Saling Berpelukan

Artikel Berkaitan: “Pendidikan S*ks Seharusnya Dimulakan Sejak Usia Muda” – Jefri Nichol

Scroll to Top