Jefri Nichol Tak Sabar Nak Kahwin? Sanggup Guna Chat GPT Tunjuk Wajah Anak

Jefri Nichol Tak Sabar Nak Kahwin? Sanggup Guna Chat GPT Tunjuk Wajah Anak

Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol mencuri tumpuan selepas berkongsi foto dan video miliknya bersama kekasih hati, Ameera Khan.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet termasuklah, kakak kepada Ameera iaitu, Noor Nabila.

Menerusi perkongsian tersebut, Jefri kelihatan memuat naik bukti perbualannya menggunakan aplikasi Chat GPT meminta untuk menghasilkan wajah ‘bakal’ anaknya bersama, Ameera.

“Bagaimana agaknya wajah anak saya bersama kekasih hati?

“Dua anak, lelaki dan perempuan. Umur lingkungan 10 tahun,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, dalam hantaran sama, pelakon filem Something In Between ini juga berkongsi hasil foto seperti yang dimintanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet teruja dan memuji paras wajah ‘bakal’ anak aktor itu.

Malah, Noor Nabila juga seakan sudah tidak sabar menanti ‘anak saudara’ hasil perkahwinan Jefri dan adiknya.

 

 

Scroll to Top