
Khairy Jamaluddin (berdiri, empat kiri) berkesempatan beramah mesra dengan pelumba terlibat.
KEHADIRAN dua kelab berbasikal profesional dari Filipina dan Myanmar bakal menjanjikan saingan sengit dalam Jelajah Negeri Sembilan 2023 sejauh 372 kilometer (km) yang menyingkap tirainya Khamis ini.
Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PBNS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dua kelab itu merupakan antara 20 pasukan yang bakal berentap dalam perlumbaan yang dianjurkan sejak 2006.
“Selain itu, perlumbaan kali ini juga turut disertai seorang pelumba dari Thailand yang mewakili sebuah kelab tempatan.
“Secara keseluruhan seramai 103 pelumba mewakili lapan pasukan negeri dan 12 kelab berbasikal tempatan akan bersaing dalam edisi kelapan kali ini,” katanya semasa Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Pasukan di Seremban pada Rabu.
